Cari @ Amanz

Dengan angka pengaktifan Android yang mencecah hampir sejuta setiap hari, ia juga turut menyumbang kepada peningkatan angka aplikasi yang dimuat-turun setiap hari. Kesan daripada itu, hari ini mengumumkan yang mana sebanyak 25 billion aplikasi telah dimuat-turun sehingga kini pada Google Play.

Google turut mengatakan yang mana terdapat lebih 675,000 aplikasi pada Google Play, menawarkan pelbagai tawaran dan pilihan kepada para pengguna seluruh dunia.

Dan dalam menyambut pencapaian terbaru ini, Google menawarkan diskaun untuk beberapa aplikasi mereka selama lima hari akan datang ini, dimana setiap hari, pelbagai aplikasi dan permainan akan ditawarkan pada harga hanya $0.25 sahaja.

Bagi para pengguna Android, mungkin anda boleh turut sama memuat-turun dan mendapatkan pelbagai aplikasi pada kadar diskaun daripada Google Play selama lima hari ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd