Cari @ Amanz

Kim Dotcom, pengasas MegaUpload telah pun sedia berkongsi paparan antaramuka perkhidmatan MegaBox sebelum ini, dan kini beliau turut sama berkongsi sebuah video khas memaparkan beberapa perkara berkaitan MegaBox, dan pembangunan disebaliknya.

Daripada info awal yang kedengaran, ia diperkatakan MegaBox akan memberikan ruangan kepada para pengiat muzik untuk berkongsi lagu melalui perkhidmatan tersebut untuk didengar dan dimuat-turun oleh yang lain. Melaluinya, ia akan menguntungkan para pengguna selain mana, para penyanyi turut boleh menjana wang melaluinya. Ciri-ciri sosial juga turut kelihatan diintegrasikan, selain memudahkan pengguna mengetahui apakah lagu yang sedang popular disekitar mereka dan sebagainya. Apakah fungsi penuh yang bakal dibawakan masih menjadi tanda tanya.

Dengan video promosi ini, ia turut menyertakan mesej mengatakan bakal dilancarkan tidak lama lagi. Sama-sama kita nantikan apakah yang bakal dibawakan oleh MegaBox kelak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd