Aplikasi E-Sentral Untuk Android Dilancarkan Dengan Rekabentuk Yang Agak Mengecewakan

Aplikasi E-Sentral Untuk Android Dilancarkan Dengan Rekabentuk Yang Agak Mengecewakan

Diterbitkan pada Sep 27, 2012 oleh .

Di Malaysia, tiada banyak aplikasi yang menawarkan kebolehan pembelian buku digital. Selain daripada Maxis ebuuk, salah satunya adalah E-Sentral, dimana terkini mereka turut sama telah melancarkan aplikasi rasmi untuk para pengguna peranti Android.

Aplikasi E-Sentral Reader untuk Android menawarkan sokongan yang lebih kurang sama seperti aplikasi iOS mereka, membolehkan para pengguna tempatan mendapatkan buku digital terbitan tempatan dalam bahasa Malaysia dan juga Inggeris terus menggunakan aplikasi tersebut.

Namun, salah satu perkara yang agak mengecewakan adalah dimana rekabentuknya yang agak kurang menarik, berbanding beberapa pesaing mereka, termasuk salah satunya adalah Maxis ebuuk.

Kami tidak pasti sama ada ia adalah rekabentuk akhir aplikasi tersebut, ataupun pembangunnya akan memperkenalkan kemaskini lain untuk aplikasi tersebut dalam masa terdekat. Rekabentuk yang dibawakan oleh aplikasi E-Sentral Reader ini tidak menggunakan sebarang elemen pada Android, mahupun menyertakan elemen yang digunakan oleh pihak E-Sentral pada aplikasi iOS mereka. Mungkin pembangunnya sahaja yang mempunyai jawapan untuknya.

Bagi para pengguna yang berminat, boleh memuat-turun aplikasi E-Sentral Reader ini terus daripada Google Play Store ataupun AppStore hari ini.

Muat-Turun E-Sentral Reader daripada Google Play Store


Muat-Turun E-Sentral Reader daripada AppStore


TIPS & ULASAN