Carian
Beberapa Halaman Google+ Tempatan Kini Menerima URL Yang Lebih Kemas
September 27, 2012 Aman

Setelah beberapa halaman utama menerima sokongan URL ringkas pada Google+ beberapa minggu sebelum ini, kini kelihatan halaman Google+ yang dimiliki pengguna tempatan turut sama telah menerimanya, menjadikan pautan ke profil Google+ Pages lebih mudah diingati berbanding yang asal.

Dengan pilihan ini, ia sekaligus membolehkan para pengguna mengakses sesuatu halaman Google+ itu melalui dua pilihan, iaitu menggunakan domain Google.com ataupun Plus.Google.com. Sebagai contoh, untuk Amanz, pengguna boleh mengakses melalui Google.com/+Amanz ataupun Plus.Google.com/+Amanz, yang mana kedua-duanya membawakan ke halaman Google+ yang sama.

Ia tidak diketahui bilakah halaman profil Google+ akan menerima sokongan yang sama. Mungkin kita perlu nantikan semua Google+ Pages menerima URL berkenaan, sebelum ia diperluaskan kepada profil pengguna biasa.

Komen