Kini Anda Boleh Berkongsi Fail Dari Dropbox Terus Ke Facebook Groups

Diterbitkan pada Sep 27, 2012. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Facebook sebelum ini, telah pun sedia membolehkan para pengguna menyertakan dokumen dan sebagainya terus pada Facebook Groups. Namun, mungkin ia tidak diminati ramai pengguna, dan kini penyedia perkhidmatan storan awan terkemuka, Dropbox mengumumkan sokongan lebih kurang sama untuk Facebook Groups.

Untuk menggunakannya, para pengguna terlebih dahulu perlu menghubungkan akaun Dropbox ke Facebook, sebelum dapat membuat pencarian fail yang ingin dikongsikan ke Facebook Groups melaluinya. Namun, tiada sokongan memuat-naik fail yang diperkenalkan, dan para pengguna masih perlu bergantung kepada Facebook untuknya.

Dengan pengenalan sokongan seumpamanya, mungkin kelak kita turut sama akan melihat integrasi daripada perkhidmatan lain seperti SkyDrive, Box dan sebagainya, sekaligus memudahkan para pengguna berkongsi fail dengan lebih mudah pada Facebook Groups.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami