Video NFS : Most Wanted Baru Memperlihatkan Sokongan Bertukar Kereta Ketika Dikejar Polis

Video NFS : Most Wanted Baru Memperlihatkan Sokongan Bertukar Kereta Ketika Dikejar Polis

Diterbitkan pada Sep 27, 2012 oleh .

Bagi para peminat permainan berbentuk perlumbaan, semestinya salah satu permainan yang dinantikan adalah Need for Speed : Most Wanted versi baru daripada Electronic Arts. Sementara menantikan pelancarannya pada 30 Oktober, kini EA telah pun mengeluarkan video promosi baru, memperlihatkan gaya permainannya kepada umum.

Daripada video baru yang dipertontonkan, ia memperlihatkan kebolehan untuk bertukar kereta dari satu ke yang lain, ketika sedang dikejar oleh pihak polis. Dengan bentuk permainan baru ini, sekiranya kereta anda hancur ketika dikejar polis, dengan mudah anda boleh bertukar ke kereta baru, dan sambung pelarian daripada mereka.

EA dijangka bakal melancarkan permainan Need for Speed : Most Wanted ini kepada umum pada penghujung bulan hadapan, 30 Oktober kelak. Sama-sama kita nantikan kehadiran permainan yang dinantikan ramai ini.


TIPS & ULASAN