Google Docs Tidak Lagi Akan Menyokong Mengeksport Dokumen Ke Format Office Lama

Google Docs Tidak Lagi Akan Menyokong Mengeksport Dokumen Ke Format Office Lama

Diterbitkan pada Sep 27, 2012 oleh .

..tiada sokongan mengeksport ke .doc, .xls dan .ppt

Dengan Microsoft yang kini memfokuskan kepada penggunaan format dokumen baru, ia turut memberikan kesan kepada Google, dimana kini Google telah mengumumkan bermula 1 Oktober, para pengguna Google Apps tidak lagi boleh memuat-turun dokumen dalam format lama.

Dalam erti kata lain, Google tidak lagi membolehkan para pengguna Google Docs mengeksport dokumen daripada Google Docs ke format .doc, .xls, .ppt dan sebagainya, sebaliknya menggunakan format baru yang disokong oleh Microsoft, iaitu .docx, .xlsx, dan .pptx.

Perkara ini semestinya adalah salah satu usaha dalam menjadikan sokongan mengeksport lebih mudah dan tidak lagi memeningkan pengguna seperti sekarang.

Selain format tersebut, format lain akan terus disokong termasuk .pdf dan juga .odt yang popular.


TIPS & ULASAN