Skrin Nokia 920 Sangat Peka – Boleh Dikendalikan Menggunakan Sebarang Benda

Skrin Nokia 920 Sangat Peka – Boleh Dikendalikan Menggunakan Sebarang Benda

Diterbitkan pada Sep 27, 2012 oleh .

Ketika pengumuman Nokia Lumia 920 tempoh hari, Nokia turut sama memperkatakan mengenai teknologi skrin pada Lumia 920 yang amat sensitif dan peka sentuhan. Kini, beberapa video hadir ke arena web, memperlihatkan kawalan Lumia 920 menggunakan pelbagai perkara, termasuk menggunakan garpu.

Nokia Lumia 920 dan juga Nokia Lumia 820, kedua-duanya merupakan peranti Windows Phone 8 yang mana bukan sahaja membawakan skrin dengan paparan menarik melalui teknologi PureMotion, tetapi turut didatangkan bersama sokongan Super Sensitive Touch.

Nokia hanya mendemonstrasikan penggunaan sarung tangan sebelum ini, dan daripada demo penggunaan garpu untuk mengawalnya, ia sekaligus memperlihatkan, para pengguna boleh menggunakan stylus pada peranti ini tanpa sebarang masalah.

Sehingga ke hari ini, Nokia mahupun Microsoft masih belum berkongsi sebarang maklumat bilakah peranti ini akan dipasarkan. Dan daripada perbualan di laman sosial dan pelbagai web, ia kelihatan Lumia 920 adalah salah satu peranti yang dinantikan ramai pengguna seluruh dunia.


TIPS & ULASAN