Carian
Video Asal YouTube Anda Kini Boleh Didapati Daripada Google Takeout
September 27, 2012 Aman

Google Takeout merupakan salah satu fungsi yang disediakan oleh Google membolehkan anda memuat-turun pelbagai data anda daripada laman Google dengan mudah. Dan hari ini, mereka turut sama menambah sokongan memuat-turun video YouTube asal yang dimuat-naik anda terus daripada halaman tersebut.

Ini sekaligus membolehkan anda mendapatkan kembali fail video asal yang dimuat-naik anda ke YouTube sekiranya anda kehilangan ia dan sebagainya. Untuk mengguakannya, para pengguna hanya perlu ke laman Google Takeout, dan mendapatkan video mereka dengan mudah melaluinya.

Selain daripada YouTube, Google Takeout juga turut menyokong pelbagai perkhidmatan Google lain, termasuk Google Docs, album Picasa, Google+, dan banyak lagi.

Komen