LG Optimus Vu 2 Diperkenalkan Dengan Sokongan VoLTE

LG Optimus Vu 2 Diperkenalkan Dengan Sokongan VoLTE

Diterbitkan pada Sep 27, 2012 oleh .

Di pasaran Korea, LG merupakan antara peranti yang popular, dan hari ini, LG secara rasminya mengumumkan peranti terbaru Android mereka, iaitu LG Optimus Vu 2, membawakan skrin bersaiz 5-inci dengan paparan 4:3 padanya. Ia masih tidak diketahui sama ada peranti ini akan dipasarkan di Malaysia ataupun tidak.

LG Optimus Vu 2 membawakan beberapa kemaskini spesifikasi daripada yang asal, membawakan cip pemprosesan dwi-teras 1.5GHz Snapdragon S4 Plus, memori sebanyak 2GB RAM, bateri 2150mAh, skrin bersaiz 5-inci dengan resolusi 768×1024 pixel, serta didatangkan bersama-sama Rubberdium Pen 2.0.

Untuk makluman, Rubberdium Pen 2.0 merupakan stylus yang didatangkan bersama-sama dengan peranti bersaiz 5-inci ini. Selain daripada itu, ia turut menyertakan sokongan VoLTE (Voice Over LTE), menawarkan kualiti panggilan suara yang lebih baik daripada sedia ada.


TIPS & ULASAN