(Video) RIM Mendemonstrasikan Sokongan Permainan Video Pada BlackBerry 10

(Video) RIM Mendemonstrasikan Sokongan Permainan Video Pada BlackBerry 10

Diterbitkan pada Sep 27, 2012 oleh .

Ketika pengumuman berkaitan BlackBerry 10 tempoh hari, Research In Motion turut sama berkongsi mengenai kebolehan memainkan permainan video pada peranti BlackBerry 10, yang mana bukan sahaja menawarkan prestasi baik, tetapi turut membawakan grafik dan paparan yang amat menarik.

Untuk menjayakan perkara ini, RIM bekerjasama dengan beberapa pembangun, dan salah satunya adalah Gameloft yang terkenal sebagai pembangun untuk platform mudah-alih.

Daripada demo yang dipertontonkan, kita mungkin akan dapat melihat permainan popular seperti Jetpack JoyRide dan banyak lagi bakal dilancarkan bersama-sama BlackBerry 10 kelak. RIM mensasarkan untuk memperkenalkannya bersama-sama peranti baru mereka pada awal 2013 kelak. Sama-sama kita nantikannya.


TIPS & ULASAN