Pengguna iPhone Kurang Berpuas Hati Dengan iOS 6

Pengguna iPhone Kurang Berpuas Hati Dengan iOS 6

Diterbitkan pada Sep 27, 2012 oleh .

iOS 6 yang diperkenalkan kepada semua baru-baru ini boleh dikatakan mendapat kritikan ramai pengguna, terutamanya disebabkan oleh aplikasi peta Apple Maps. Dan melalui bancian yang dilakukan baru-baru ini, ia memperlihatkan ramai pengguna Apple yang kurang berpuas hati dengan iOS 6 berbanding iOS sebelum-sebelum ini.

Bancian yang dilakukan oleh OnDevice ini melibatkan lebih 16,000 pengguna iPhone, dan kelihatan keputusannya menunjukkan ramai yang tidak berpuas hati dengannya, jikalau dibandingkan dengan iOS 4 dan juga 5.

Apple membawakan beberapa perubahan pada iOS 6 yang tidak digemari, termasuk membuang aplikasi YouTube, selain aplikasi App Store sendiri yang memaparkan hasil carian dengan kaedah berbeza, menyukarkan lagi proses pemilihan aplikasi untuk dimuat-turun.

Bagi anda yang menggunakan peranti iOS 6, apa pendapat anda? Adakah anda berpuas hati dengan iOS 6 ataupun sebaliknya?


TIPS & ULASAN