Rovio Melancarkan Permainan Bad Piggies Untuk iOS Dan Android

Rovio Melancarkan Permainan Bad Piggies Untuk iOS Dan Android

Diterbitkan pada Sep 27, 2012 oleh .

Rovio, pembangun permainan terkemuka – Angry Birds, hari ini telah pun melancarkan permainan terbaru, memfokuskan kepada watak babi hijau yang terdapat didalam permainan Angry Birds, iaitu Bad Piggies.

Melalui permainan ini, ia membawakan fokus kepada watak babi hijau, dimana para pemain akan mengawalnya dalam mencuri telur dan melarikan diri daripada burung. Bagi anda yang pernah memainkan Amazing Alex, mungkin perasan akan beberapa elemen yang diintegrasikan pada BadPiggies ini.

Buat masa ini, ia didatangkan dengan pilihan lebih 60 tahap permainan, dan akan menerima kemaskini dari semasa ke semasa sama seperti permainan Angry Birds. Seperti permainan lain Rovio, ia ditawarkan secara percuma untuk pengguna Android, dan pada harga $0.99 untuk pengguna iOS.

Muat-Turun Bad Piggies Untuk Android


Muat-Turun Bad Pigiies Untuk iOS


TIPS & ULASAN