Ujian Beta Steam Untuk Linux Bermula Minggu Hadapan

Ujian Beta Steam Untuk Linux Bermula Minggu Hadapan

Diterbitkan pada Sep 27, 2012 oleh .

Steam untuk Linux merupakan salah satu perkara yang dinantikan oleh komuniti pengguna Linux, dimana melalui kemaskini terbaru pada blog rasmi Valve Linux, mereka berkongsi berita menarik mengatakan ujian beta akan dimulakan secara dalaman pada minggu hadapan.

Valve berkongsi mengatakan yang mana ujian beta secara dalaman itu akan menguji aplikasi Steam untuk Linux, salah satu permainan Valve dan juga membawakan sokongan untuk Ubuntu 12.04 dan ke atas.

Ujian beta itu juga dijangka akan diperluaskan untuk ujian para pengguna Linux pada bulan Oktober kelak. Buat masa ini, tiada sebarang tarikh pelancaran yang dikongsikan mereka. Tetapi dengan pembangunan yang agak pantas, mungkin kita akan melihatnya sebelum penghujung tahun ini. Sama-sama kita nantikannya.


TIPS & ULASAN