Facebook Messenger untuk BlackBerry bukanlah sesuatu yang baru, dimana ia telah diuji sejak beberapa bulan yang lepas. Hari ini, ia melangkah setapak kehadapan dengan ia mula ditawarkan melalui BlackBerry AppWorld, sekaligus memudahkan para pengguna seluruh dunia untuk mendapatkannya dan mengemaskininya dengan mudah.
Facebook Messenger, untuk makluman, membolehkan para pengguna menghantar dan menerima mesej melaluinya, berfungsi seperti aplikasi permesejan dan emel pada peranti anda. Ia juga disertakan bersama-sama sokongan untuk menambah gambar, selain menyokong push notifications.. Menjadikan ia interaktif dan diminati ramai adalah kebolehan untuk melihat siapa yang dah baca mesej anda dan sebaliknya.
Bagi para pengguna BlackBerry yang berminat, boleh mendapatkannya daripada BlackBerry AppWorld hari ini, disamping turut boleh mendapatkannya untuk pelbagai platform lain menerusi halaman rasmi Facebook Messenger.