Carian
AMD Dan BlueStacks Bekerjasama – Membawa Lebih 500,000 Aplikasi Android Ke Komputer Dan Tablet AMD
September 27, 2012 Aman

Pengguna Windows dan OS X mungkin sedia kenali akan BlueStacks yang menawarkan kebolehan untuk menjalankan aplikasi Android pada komputer mereka. Kini, BlueStacks melangkah setapak lagi kehadapan, dengan mengumumkan kerjasama bersama-sama pihak AMD.

Melalui kerjasama ini, ia akan menyertakan AppZone Player pada komputer yang dijana menggunakan cip AMD, sekaligus menawarkan lebih 500,000 aplikasi Android yang dioptimasikan untuknya.

Hasil kerjasama ini, semestinya ia akan memberikan nilai tambah kepada komputer dan tablet AMD dengan Windows 8 yang bakal dikeluarkan bermula penghujung Oktober ini, sekaligus memberikan pilihan yang lebih baik untuk pengguna berbanding keluaran Intel.

Sementara itu, bagi anda yang berminat, mungkin boleh memuat-turun BlueStacks untuk Windows dan juga OS X, ataupun mengakses AMD AppZone Player hari ini.

Komen