Cari @ Amanz

Memandangkan Gingerbread dan juga Froyo merupakan antara versi Android yang masih aktif diguna ramai pengguna seluruh dunia, Google masih tidak melupakan mereka, dimana, terkini mereka membawakan antaramuka baru untuk aplikasi YouTube mereka, menjadikan ia serasi dengan antaramuka untuk ICS sebelum ini.

Antaramuka baru untuk Android ini bukanlah sesuatu yang baru, dimana ia telah pun diperkenalkan untuk pengguna Ice Cream Sandwich sebelum ini, menjadikan paparan video dan pengalaman menonton lebih menarik berbanding sebelum ini.

Ini semestinya penambahan yang amat menarik untuk pengguna Gingerbread dan juga Froyo, apatah lagi, beberapa bulan yang lepas, Google turut membawakan sokongan memainkan video HD untuk mereka melalui aplikasi sama.

Jadi, sekiranya anda masih menggunakan peranti Android yang lama, jangan lupa mengemaskini aplikasi YouTube anda hari ini, dan menggunakan segala kelebihan yang dibawakan bersama-sama dengannya.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd