Ubuntu 13.04 Bakal Dilancarkan Pada 25 April 2013 Kelak

Ubuntu 13.04 Bakal Dilancarkan Pada 25 April 2013 Kelak

Diterbitkan pada Sep 27, 2012 oleh .
Jadual Pelepasan Ubuntu
Alpha 1 1 Disember
Alpha 2 7 Februari
Beta 7 Mac
Stabil 25 April

Dengan Ubuntu 12.10 yang bakal dilancarkan pada bulan hadapan, semestinya pihak pembangunnya telah mula membuat perancangan awal untuk Ubuntu versi seterusnya. Hari ini, pihak pembangunnya, telah pun mengumumkan tarikh pelancaran Ubuntu 13.04 kelak, iaitu pada 25 April 2013.

Seperti semua sedia maklum, penggunaan angka versi pada Ubuntu menggunakan format tahun:bulan, dan biasanya dikeluarkan pada bulan April dan juga Oktober. Dan mengikut tradisi biasa, Canonical bakal mengeluarkan Ubuntu 13.04 versi minggu akhir April, hari Khamis.

Fungsi dan juga nama kod yang bakal digunakan masih tidak diketahui sepenuhnya buat masa ini. Ubuntu 13.04 akan menggunakan awalan huruf “R” pada penamaannya, dan mungkin kita akan lihat ia diumumkan tidak lama lagi.


TIPS & ULASAN