Google Bakal Hadir Dengan Tablet Nexus Pada Harga Serendah $99 (~RM305)?

Google Bakal Hadir Dengan Tablet Nexus Pada Harga Serendah $99 (~RM305)?

Diterbitkan pada Sep 27, 2012 oleh .

Dengan tablet Windows 8 yang bakal memasuki pasaran tidak lama lagi, semestinya ia akan menjadi sukar untuk Google bersaing dengan platform Android. Untuk mengatasinya, kini diura-ura akan yang mana strategi baru kelak adalah dengan menghasilkan tablet pada harga yang amat rendah.

Mengikut laporan baru, ia dikatakan Google bakal hadir dengan tablet pada harga $99 dibawah jenama Nexus, dan dibangunkan bersama oleh Asus, dan akan dilancarkan pada tahun ini. Kesahihan perkara ini masih tidak diketahui lagi, namun, sekiranya benar, semestinya ia akan dibeli ramai pengguna, memandangkan harganya yang murah.

Sebelum ini, ketika HP cuba menghabiskan stok tablet TouchPad mereka, harga $99 digunakan, dan tablet tersebut habis dijual dengan pantas seperti “pisang goreng panas”. Sekiranya HP berjaya melakukannya dengan webOS yang dimatikan, semestinya kita akan melihat angka jualan dan permintaan yang tinggi sekiranya benar-benar Asus dan Google hadir dengan tablet Android pada harga tersebut.


TIPS & ULASAN