Cari @ Amanz

Dengan sokongan sosial yang memainkan peranan utama pada hari ini, RIM tidak ingin melupakan aspek tersebut pada BlackBerry 10 mereka. Selain daripada integrasi pada BlackBerry Hub, kini RIM turut sama mempertontonkan aplikasi Facebook dan FourSquare pada BlackBerry 10.

Seperti semua sedia maklum, aplikasi Facebook dan FourSquare telah pun sedia didapati pada platform BlackBerry pada masa kini, namun untuk BlackBerry 10, ia kelihatan lebih diintegrasikan bersama-sama pada platform tersebut sendiri.

Untuk Facebook, ia kelihatan sokongan BlackBerry Peek disertakan, selain membawakan antaramuka yang selari dengan pelbagai platform lain. Aplikasi FourSquare pula membawakan integrasi bersama untuk BlackBerry Messenger, membolehkan para pengguna berkongsi pelbagai perkara terus daripada aplikasi FourSquare ke BBM.

Semestinya terdapat pelbagai aplikasi lain yang bakal dilancarkan, termasuk permainan video dan sebagainya. RIM mensasarkan untuk melancarkan dua peranti pertama BlackBerry 10 mereka pada suku tahun pertama 2013 kelak. Sama-sama kita nantikannya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd