Mozilla Persona Diperkenalkan Dalam Bentuk Beta

Mozilla Persona Diperkenalkan Dalam Bentuk Beta

Diterbitkan pada Sep 28, 2012 oleh .

Mozilla Persona, setelah dinantikan sekian lama, hari ini pihak Mozilla telah pun melancarkannya dalam bentuk beta, membolehkan para pengguna yang berminat mengujinya, disamping mempromosikan kepada para pembangun dalam menggunakan sokongan log masuk menggunakan akaun Persona.

Untuk makluman, Persona merupakan penjenamaan semula daripada BrowserID, yang mana memfokuskan kepada penggunaan identiti berasaskan pelayar web, memudahkan para pengguna log masuk ke pelbagai perkhidmatan yang menyokongnya dengan mudah. Dengan erti kata mudah, ia berfungsi lebih kurang sama seperti Facebook Connect yang popular pada pelbagai laman web hari ini.

Buat masa ini, memandangkan ia masih awal dan baru sahaja diperkenalkan dalam bentuk beta, perkhidmatan yang menyokongnya hanya beberapa sahaja. Namun, mungkin dengan hari demi hari, kita mungkin akan dapat melihat penggunaannya berkembang, dan mungkin suatu hari, ia akan menjadi lebih popular daripada Facebook Connect.

Bagi anda yang berminat, boleh mendaftarkan profil Persona anda hari ini, dan mengujinya sendiri di beberapa laman, termasuk salah satunya – OpenPhoto.


TIPS & ULASAN