Permainan AMOK Untuk iOS Bakal Dilancarkan Pada 4 Oktober Kelak

Diterbitkan pada Sep 28, 2012. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Mungkin anda masih ingat akan mengenai laporan kami sebelum ini, berkongsi akan paparan permainan AMOK untuk iOS yang dibangunkan oleh Terato Games. Kini, melalui halaman Facebook rasmi mereka, pembangunnya berkongsi mengatakan yang mana permainan ini bakal dilancarkan kepada umum pada 4 Oktober kelak.

[amanz-gallery]

Daripada beberapa paparan antaramuka baru yang dikongsikan pada Facebook, ia kelihatan, pada permainan AMOK ini juga, ia akan mengintegrasikan beberapa jalan cerita dan kisah sejarah Malaysia, selain daripada penggunaan nama adiwira tempatan sebagai wataknya.

Maklumat lanjut berkaitan dengan permainan ini masih tidak diketahui sepenuhnya lagi buat masa ini, dan mungkin kita akan mengetahui lebih lanjut mengenainya apabila semakin menghampiri tarikh pelancarannya kelak.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami