Peranti BlackBerry 10 Dengan QWERTY Dipertontonkan Dalam Video

Peranti BlackBerry 10 Dengan QWERTY Dipertontonkan Dalam Video

Diterbitkan pada Sep 28, 2012 oleh .

Bagi para peminat peranti BlackBerry, semestinya salah satu perkara yang dinantikan mereka adalah bagaimana rupa peranti QWERTY menggunakan BlackBerry 10 kelak. Kini, melalui sebuah video khas yang kelihatan sebagai konsep pemasaran awal, memperlihatkan rupa awal peranti tersebut kelak.

Mungkin versi akhirnya tidak jauh berbeza dengan apa yang dipertontonkan pada peranti tersebut. Daripada apa yang kelihatan, memandangkan peranti QWERTY tersebut akan menggunakan sokongan skrin sentuh, maka trackpad kelihatan tidak disertakan padanya.

Pada awal minggu ini, pihak Research In Motion telah pun mempertontonkan beberapa fungsi dan sokongan baru pada BlackBerry 10, yang mana kelihatan agak menarik buat masa ini. Mereka mensasarkan untuk memperkenalkan dua peranti awal BlackBerry 10 pada suku tahun pertama 2013 kelak, dan kini sedang aktif bekerjasama dengan pelbagai syarikat telekomunikasi dan pembangun aplikasi dalam membawa platform mereka setapak kehadapan lagi.

Jadi, daripada apa yang diperlihatkan, adakah anda akan menantikannya ataupun sebaliknya?


TIPS & ULASAN