Carian
Samsung Bakal Memperkenalkan Telefon Pintar Dengan Fokus Kepada Muzik?
September 28, 2012 Aman

Dengan pengenalan Galaxy Camera, kamera yang menggunakan Android, semestinya kita boleh menjangkakan yang mana Samsung mungkin akan hadir dengan pelbagai peranti lain dengan fokus khas, dan terkini, ia diura-ura Samsung bakal memperkenalkan Galaxy Music pada Oktober ini.

Mengikut ura-ura awal, peranti ini bakal membawakan skrin bersaiz 3-inci dengan resolusi 320×240 pixel, memori sebanyak 512MB RAM, cip pemprosesan 850MHz dan juga ruangan storan terbina sebanyak 4GB. Daripada spesifikasi yang agak rendah ini, mungkin kita boleh menjangkakan harga jualan yang agak murah oleh Samsung kelak.

Jadi, adakah anda akan mendapatkan Galaxy Music kelak sekiranya ini adalah benar?

Komen