HTC One X+ Dengan Cip Pemprosesan Empat-Teras 1.7GHz Dan Jelly Bean Kelihatan

HTC One X+ Dengan Cip Pemprosesan Empat-Teras 1.7GHz Dan Jelly Bean Kelihatan

Diterbitkan pada Sep 28, 2012 oleh .

Dengan pelbagai ura-ura sebelum ini berkaitan kemaskini untuk peranti utama HTC One X, kini GSMArena menjadi terawal melaporkan mengenai HTC One X+, yang membawakan beberapa kemaskini berbanding peranti tersebut versi sebelumnya.

Ia tidak membawakan perubahan drastik dari segi luaran, tetapi lebih memfokuskan kepada spesifikasi dan juga sistem operasinya.

Daripada apa yang diperlihatkan, HTC One X+ membawakan cip pemprosesan empat-teras 1.7GHz bersama-sama dengan ruangan storan terbina 64GB. Menariknya, ia turut menyertakan Android 4.1 Jelly Bean padanya, sekalius memberikan petanda yang mana peranti One X sedia ada akan menerima kemaskini Jelly Bean tidak lama lagi.

Buat masa ini, ia masih tidak diketahui bilakah peranti tersebut akan dilancarkan di Malaysia, memandangkan pihak HTC sendiri belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berkaitan peranti ini.


TIPS & ULASAN