Aplikasi Air Asia Dilancarkan Semula Untuk Pengguna iPhone

Aplikasi Air Asia Dilancarkan Semula Untuk Pengguna iPhone

Diterbitkan pada Sep 28, 2012 oleh .

Dengan pelbagai syarikat penerbangan yang memfokuskan kepada penggunaan peranti pintar ketika daftar masuk lapangan terbang, Air Asia kelihatan tidak ingin ketinggalan melalui aplikasi terbaru mereka untuk peranti iOS.

Aplikasi AirAsia ini membolehkan para pengguna dengan mudah membuat tempahan kapal terbang terus menggunakan peranti mudah alih mereka, disamping menyimpan data tempahan pada peranti untuk digunakan ketika mendaftar masuk ke lapangan terbang.

Secara ringkasnya ia membawakan kebolehan tempahan seumpama pada web, dan menjimatkan masa anda untuk mencetak dan sebagainya. Buat masa ini, ia hanya dioptimasikan untuk pengguna iPhone dan iPod Touch sahaja.

Muat-Turun Aplikasi AirAsia Untuk iOS

Terima kasih Khairil Afzal


TIPS & ULASAN