Cari @ Amanz

Apple Maps sejak diperkenalkan bersama-sama dengan iOS 6, ia telah menerima kritikan ramai pengguna seluruh dunia kerana pelbagai kekurangannya. Hari ini, CEO Apple sendiri, iaitu Tim Cook secara terbuka meminta maaf atas kelemahan tersebut.

Tim Cook mengatakan mereka sedang berusaha menjadikan Maps lebih baik dari hari ke hari, dan sementara itu, beliau menyarankan beberapa alternatif lain, termasuk menggunakan MapQuest, Waze yang boleh didapati daripada AppStore, ataupun menggunakan Google Maps atau Nokia Maps melalui web.

Tim Cook turut menyatakan mereka akan terus berusaha dalam menambah-baik perkhidmatan mereka dari hari ke hari supaya ia mencapai standard yang disukai ramai.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd