Cari @ Amanz

Nampaknya, dengan kelemahan pada Apple Maps yang diperkatakan ramai, Google pula sepanjang minggu ini memperkenalkan satu demi satu perkara baru pada aplikasi Google Maps mereka. Selepas sokongan untuk melihat lautan dalam, kini Google mengemaskini paparan gambar satelit untuk Google Maps.

Kemaskini ini membawakan data baru untuk perkhidmatan Google Maps dan juga Google Earth, memperlihatkan gambar yang lebih jelas untuk paparan satelit bagi lebih 112 negara padanya.

Disamping itu, Google Maps juga turut dikemaskini dengan gambar dengan paparan pada 45 darjah untuk 51 bandar. Namun, sokongan ini tidak memaparkan lokasi di Malaysia buat masa ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd