Sony Melabur Dalam Syarikat Kamera Optik – Olympus

Sony Melabur Dalam Syarikat Kamera Optik – Olympus

Diterbitkan pada Sep 28, 2012 oleh .

Lanjutan daripada pelbagai ura-ura sebelum ini, hari ini diumumkan yang mana Sony melaburkan sebanyak $644 juta (RM1978.5 juta) pada syarikat pengeluar kamera optik, Olympus, sekaligus menjadikan Sony sebagai pemegang saham terbesar didalam syarikat tersebut.

Pelaburan ini semestinya akan menguntungkan pihak Sony dalam terus menambah-baik teknologi pengimejan perubatan, sebaliknya untuk Olympus pula, mereka terus boleh mengukuhkan kedudukan kewangan mereka, disamping memperluaskan lagi jenama mereka di pasaran pengguna umum.

Sony boleh dikatakan antara syarikat yang memfokuskan kepada teknologi kamera, dimana sebelum ini, pada bulan Jun yang lepas, mereka turut sama melabur pada pengeluar sensor kamera.


TIPS & ULASAN