Joomla 3.0 Dilancarkan Kepada Umum

Joomla 3.0 Dilancarkan Kepada Umum

Diterbitkan pada Sep 28, 2012 oleh .

Selain daripada pembangun WordPress yang mengumumkan pengenalan WordPress 3.5 Beta, satu lagi CMS popular, iaitu Joomla turut sama mengumumkan pelancaran versi stabil mereka yang terbaru, iaitu Joomla 3.0.

Joomla 3.0 membawakan beberapa perubahan dan penambah-baikkan padanya. Salah satu perkara yang tampak jelas adalah integrasi Twitter Bootstrap, sekaligus menjadikan antaramukanya mesra untuk pelbagai peranti, termasuk peranti mudah-alih dengan saiz skrin yang kecil.

Selain daripada itu, pelbagai kemaskini script dan sokongan ditambahkan padanya, selain memudahkan pemasangan dengan hanya melalui tiga langkah mudah sahaja.

Dengan pelancaran Joomla 3.0 ini juga, pembangunnya turut mengumumkan yang mana Joomla 1.5 akan dimatikan sokongannya tidak lama lagi. Sementara itu, Joomla 2.5 akan terus disokong memandangkan ia adalah keluaran versi LTS.

Muat-Turun Joomla 3.0


TIPS & ULASAN