Adakah Bar Google Bakal Turut Diintegrasikan Pada YouTube?

Adakah Bar Google Bakal Turut Diintegrasikan Pada YouTube?

Diterbitkan pada Sep 29, 2012 oleh .

Ujian perubahan antaramuka baru pada produk-produk Google mungkin sesuatu yang tidak asing lagi bagi semua pengguna. Terkini, ia kelihatan yang mana Google menguji antaramuka baru pada YouTube, yang mana kelihatan mengintegrasikan bar berwarna hitam pada bahagian atasnya, lebih kurang sama seperti pada laman Google utama.

Daripada apa yang kelihatan, ia menunjukkan yang mana selain daripada fungsi carian yang lebih difokuskan pada YouTube, antaramuka baru yang diuji juga membawakan sokongan bar tepi yang turut disertakan pada semua halaman. Cuma, apabila anda menonton video, ia diubah menjadi sebuah butang yang kecil. Pewarnaan latar juga lebih menyerupai kepada Google+.

Ia tidak diketahui sama ada antaramuka baru ini akan diperkenalkan kepada semua ataupun tidak. Namun, bagi anda yang berminat, boleh mengujinya sendiri hari ini.

Untuk melakukannya, anda hanya perlu membuka Developer Console pada pelayar web anda, dengan menekan:

Google Chrome : CTRL + Shift + J
Firefox : CTRL + Shift + K
Opera : CTRL + Shift + I

Selesai membuka Developer Console, anda boleh menyalin-tampal kod tersebut padanya, dan tekan butang Enter.

document.cookie="VISITOR_INFO1_LIVE=u8uWhAyPa3U; path=/; domain=.youtube.com";window.location.reload();

Untuk mengembalikan kembali ke antaramuka lama, buka kembali Developer Console, dan masukkann kod berikut:

document.cookie="VISITOR_INFO1_LIVE=; path=/; domain=.youtube.com";window.location.reload();


TIPS & ULASAN