Bagaimana Mengubah Antaramuka Telefon Android Anda Kepada Antaramuka iPhone 5?

Bagaimana Mengubah Antaramuka Telefon Android Anda Kepada Antaramuka iPhone 5?

Diterbitkan pada Sep 29, 2012 oleh .

Launcher bukanlah sesuatu yang baru untuk platform Android, dimana pelbagai jenis launcher disediakan menawarkan pelbagai bentuk antaramuka untuk pengguna Android. Dan menyertainya, yang terbaru adalah Fake iPhone 5, yang mana menawarkan antaramuka skrin utama seperti mana yang terdapat pada iPhone 5.

Daripada apa yang dilihat, ia membolehkan para pengguna memilih berapa barisan aplikasi yang ingin diperlihatkan, iaitu antara empat baris, ataupun lima baris, selain mana mematikan sokongan widget pada skrin utamanya. Walaupun secara keseluruhannya, ia tidak menawarkan sebarang perkara tambahan, namun, ia adalah salah satu aplikasi yang menarik, sekiranya anda ingin membuat kejutan kepada rakan anda dan sebagainya.

Menurut pembangunnya, aplikasi ini dioptimasikan sepenuhnya untuk para pengguna Android 4.0 Ice Cream Sandwich dan lebih terkini, disamping mengatakan paparan untuknya akan kelihatan menarik sekiranya anda menggunakan peranti dengan skrin Super AMOLED+.

Aplikasi ini ditawarkan percuma untuk semua pengguna Android, dan kadang-kala iklan dipaparkan padanya.

Muat-Turun Launcher Fake iPhone 5 Untuk Android


TIPS & ULASAN