Aplikasi Alternatif Apple Maps Mula Dipromosikan Di AppStore

Aplikasi Alternatif Apple Maps Mula Dipromosikan Di AppStore

Diterbitkan pada Sep 29, 2012 oleh .

Selain daripada Tim Cook yang meminta maaf, kini kelihatan Apple turut sama telah menambah sebuah pautan khas pada AppStore, dimana melaluinya mereka mempromosikan dan memudahkan para pengguna mendapatkan aplikasi yang menawarkan sokongan peta dan navigasi.

Ia kini mula diperlihatkan untuk para pengguna iPhone dan juga iPad, membolehkan anda memilih aplikasi alternatif dengan mudah. Daripada apa yang kelihatan, ia menunjukkan antara aplikasi yang turut disenaraikan adalah Bing, MapQuest dan juga Waze.

Dalam perkembangan yang lebih kurang sama, Google pula menyediakan sebuah tutorial khas dalam memudahkan pengguna iOS 6 menambah pautan ke Google Maps dengan mudah pada skrin utama mereka. Ia masih lagi tidak diketahui sama ada Google akan memperkenalkan aplikasi Google Maps untuk iOS ataupun sebaliknya.


TIPS & ULASAN