webOS merupakan salah satu platform yang diminati ramai, namun dimatikan oleh HP sebelum ini, dan menyumbangkan ia kepada komuniti sumber terbuka. Hari ini, Open webOS 1.0 telah pun dilancarkan sepenuhnya, membolehkan ia digunakan pada pelbagai peranti dengan mudah.
HP sendiri, bersama-sama pelancaran Open webOS 1.0 ini memperlihatkan penggunaan ia pada HP TouchSmart PC. Daripada apa yang dipertontonkan, ia mempunyai sedikit lengah masa, dan mungkin boleh dioptimasikan sepenuhnya lagi berdasarkan kepada hardware yang digunakan.
Buat masa ini, beberapa pembangun telah pun mula membangunkan dan mengubah ia untuk digunakan pada peranti masing-masing, selain video demonstrasi awal penggunaan webOS pada Galaxy Nexus telah pun mula kelihatan. Mungkin dalam beberapa hari lagi, lebih banyak perkara mungkin dikongsikan oleh para pembangun, dan membawakan Open webOS setapak lagi ke hadapan.