Video Siri Tutorial Untuk BlackBerry 10 Mula Kelihatan di Web

Video Siri Tutorial Untuk BlackBerry 10 Mula Kelihatan di Web

Diterbitkan pada Sep 30, 2012 oleh .

Nampaknya, penghujung bulan ini boleh dikatakan RIM mencuri perhatian ramai pengguna, dimana sejak daripada awal minggu dengan pengenalan beberapa fungsi baru BlackBerry 10, kini beberapa video baru tertiris ke arena web, memperlihatkan siri tutorial untuk BlackBerry 10.

Siri video tutorial ini memfokuskan kepada penggunaan peranti siri-L mereka yang membawakan skrin sentuh sepenuhnya. Daripada tutorial tersebut, beberapa perkara yang dapat dilihat adalah termasuk sokongan BlackBerry peek yang diperkenalkan pada awal minggu tempoh hari, selain beberapa fungsi yang lain.

RIM dijangka akan memperkenalkan dua peranti BlackBerry 10 pawa awal tahun hadapan, iaitu peranti dengan skrin sentuh sepenuhnya, dan juga peranti QWERTY. Buat masa ini, tarikh pasti pelancarannya masih tidak diketahui lagi sepenuhnya.


TIPS & ULASAN