Gambaran Model Kasar Untuk iPad Mini Dipertontonkan Melalui Video

Gambaran Model Kasar Untuk iPad Mini Dipertontonkan Melalui Video

Diterbitkan pada Sep 30, 2012 oleh .

Ura-ura berkenaan dengan iPad bersaiz kecil, ataupun yang mana dipanggil sebagai iPad Mini bukanlah sesuatu yang baru. Selepas pelbagai gmabar yang diperlihatkan sebelum ini, kini sebuah video hadir, memperlihatkan gambaran bagaimana iPad Mini bakal kelihatan kelak.

Seperti semua sedia maklum, ia membawakan beberapa ciri-ciri yang diperkatakan sebelum ini, termasuk bahagian tepi yang lebih nipis, skrin bersaiz lebih kurang 7-inci, dan juga menggunakan penyambung dock menyerupai pada iPhone 5. iPad Mini ini turut dijangka akan menggunakan iOS 6 padanya kelak.

Daripada apa yang diperkatakan sebelum ini, Apple disasarkan untuk melancarkan iPad Mini pada bulan Oktober ini, dan sekiranya benar, mungkin kita akan dapat melihat Apple mula menghantar jemputan kepada media antarabangsa bermula minggu hadapan.

Dan sekiranya perkara ini benar, mungkin kita boleh nantikan apakah harga jualan yang bakal diperkenalkan untuknya. iPad Baru dijual pada harga RM1499, manakala iPod Touch generasi ke-lima yang diperkenalkan baru-baru ini dijual dipasaran tempatan pada harga RM1049.


TIPS & ULASAN