Permainan Jetpack Joyride Kini Ditawarkan Melalui Google Play Store

Permainan Jetpack Joyride Kini Ditawarkan Melalui Google Play Store

Diterbitkan pada Sep 30, 2012 oleh .

Setelah melalui tempoh eksklusif bersama-sama Amazon AppStore yang hanya boleh diakses oleh pengguna beberapa buah negara sahaja, kini permainan popular Jetpack Joyride telah pun diperkenalkan kepada semua pengguna Android secara percuma melalui Google Play Store.

Permainan yang dibangunkan oleh Halfbrick, pembangun sama disebalik Fruit Ninja ini membawakan bentuk permainan yang mudah dan menarik, dimana pemain akan mengawal watak Barry dalam mengawal jetpack dan melarikan diri daripada makmal. Pelbagai halangan disediakan sepanjang permainan, yang menjadikan ia menarik untuk dimainkan.

Bagi mereka yang berminat, boleh mendapatkan ia secara percuma daripada Google Play Store hari ini.

Muat-Turun Jetpack Joyride Daripada Google Play Store


TIPS & ULASAN