Sony Mula Memperkenalkan Kemaskini ICS Untuk Xperia Sola, Xperia U dan Xperia Go

Sony Mula Memperkenalkan Kemaskini ICS Untuk Xperia Sola, Xperia U dan Xperia Go

Diterbitkan pada Sep 30, 2012 oleh .

Sony Mobile nampaknya telah pun mula memperkenalkan kemaskini Android 4.0 Ice Cream Sandwich untuk beberapa peranti mereka, iaitu Sony Xperia Sola, Sony Xperia U dan juga Sony Xperia Go. Kemaskini ini akan mula diperkenalkan secara berperingkat kepada semua negara.

Kemaskini ICS ini membawakan beberapa perkara baru bersama-sama dengannya, termasuk aplikasi media Sony yang baru, termasuk WALKMAN, Album dan juga Movies, sokongan masa bertahan yang lebih lama, skrin kunci dengan fungsi yang lebih menarik, widget yang boleh diubah saiz, dan lebih kawalan terhadap penggunaan data pada peranti anda.

Selain daripada itu, untuk para pengguna Xperia Sola pula, Sony membawakan sokongan baru dinamakan sebagai Glove Mode, membolehkan peranti tersebut dikawal walaupun menggunakan sarung tangan dan sebagainya.

Kemaskini ICS ini bakal diperkenalkan secara berperingkat oleh Sony untuk semua. Bagi mereka yang ingin mengemaskininya, boleh menyambungkan peranti mereka kepada PC atau Mac, dan kemudianya melayari laman Sony Mobile Update.


TIPS & ULASAN