Cari @ Amanz

Sejak daripada awal bulan tempoh hari, Facebook telah pun mula memperkenalkan paparan album dan koleksi gambar yang serba baru, memudahkan para pengguna melihat dengan gambar thumbnail yang lebih besar, dan kini kelihatan lebih ramai menikmatinya dari hari ke hari.

Daripada tab Photos pada profil dan juga Facebook Pages, ia memperlihatkan gambar dalam susunan baru, memudahkan anda melihatnya. Disamping itu, untuk album pula, apabila anda meletakkan tetikus di atasnya, sebanyak 5 gambar terawal akan diperlihatkan dalam animasi yang menarik.

Bagi yang masih belum mendapatnya, mungkin Facebook akan memperkenalkan untuk anda dalam beberapa hari lagi. Sementara itu, apakah komen anda ke atas paparan baru ini?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd