Cari @ Amanz

Google nampaknya meneruskan tradisi dengan mematikan beberapa produk dan perkhidmatan yang kurang digunakan ataupun mempunyai produk lain dengan fungsi yang lebih kurang sama, dimana terkini mereka mengumumkan bakal mematikan beberapa produk sedia ada mereka.

Salah satu yang bakal dimatikan adalah AdSense for Feeds, yang mana bermula 2 Oktober ini, ia akan mula dihentikan secara berperingkat, dan menjelang 3 Disember ia akan dimatikan sepenuhnya. AdSense for Feeds digunakan oleh para pemilik laman web dan blog untuk menjana pendapatan tambahan dengan menyertakan iklan pada kandungan RSS mereka.

Selain daripada itu, Google juga mengatakan akan menyatukan ruangan storan untuk Google Drive dan juga Picasa, dimana pengguna akan mendapat 5Gb untuk digunakan bersama antara Picasa dan juga Drive.

Selain daripada itu, antara produk lain yang akan turut dimatikan adalah termasuk Classic Plus, SpreadSheet Gadgets, Google News Badges, dan juga Places Directory.

Google turut menambah mengatakan yang mana dengan mematikan beberapa produk ini, ia akan memudahkan mereka memfokuskan lagi kepada produk-produk lain dalam menjadikan ia lebih menarik lagi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd