Carian
Binaan iPhone 5 Lebih Baik Berbanding iPhone Sebelumnya
September 30, 2012 Aman

Nampaknya, iPhone 5 terbaru daripada Apple ini merupakan antara peranti pintar keluaran mereka yang membawakan binaan dan kualiti yang agak baik berbanding sebelum-sebelum ini. Jikalau sebelum ini ia kelihatan agak tahan lasak daripada ujian drop-test, kini Android Authority hadir dengan sebuah video baru memperlihatkan ketahanannya.

Daripada ujian terbaru yang dilakukan, mereka mengambil beberapa perkara yang sering terjadi dalam kegunaan harian, seperti tertumpah air diatas telefon, disertakan dengan syiling dan kunci, serta ujian rendam dalam air selama 15 saat. Walaupun ia kelihatan agak tercalar sedikit, namun daripada ujian pada air, ia kelihatan iPhone 5 kelihatan agak baik berbanding peranti lain di pasaran.

Jadi, apa kata anda berkenaan dengan ujian kelasakkan ini?

Komen