Permainan Hungry Barracuda Diperkenalkan Untuk Pengguna iPad

Permainan Hungry Barracuda Diperkenalkan Untuk Pengguna iPad

Diterbitkan pada Okt 1, 2012 oleh .

Umum mungkin sedia maklum akan mengenai beberapa permainan platform iOS yang dibangunkan oleh pembangun tempatan. Kini, OceanKlaut Mobile hadir dengan salah satu permainan ringkas untuk para pengguna iPad, dinamakan sebagai Hungry Barracuda.

Permainan yang ditawarkan secara percuma untuk pengguna iPad ini memfokuskan kepada pemain yang mengawal ikan barakuda bernama Keith, dalam membantu rakannya kura-kura dalam melintas berenang dari satu posisi ke posisi lain dengan selamat. Dalam proses permainan tersebut, kura-kura yang dinamakan Aaron tersebut menghadapi pelbagai serangan daripada burung Dumb Birds, dan para pemain perlu melindunginya dan memastikan ia selamat sampai.

Sebanyak 2 tahap permainan disediakan melalui permainan Hungry Barracuda ini, dan kelihatan mungkin akan menarik minat anak-anak kecil anda.

Bagi mereka yang berminat, boleh mendapatkan Hungry Barracuda ini secara percuma daripada AppStore hari ini.

Muat-Turun Hungy Barracuda Dari AppStore


TIPS & ULASAN