Subway Surfers Kini Turut Ditawarkan Melalui Google Play Store

Subway Surfers Kini Turut Ditawarkan Melalui Google Play Store

Diterbitkan pada Okt 1, 2012 oleh .

Dalam banyak-banyak permainan berbentuk aksi larian, salah satu yang membawakan bentuk permainan yang menarik adalah Subway Surfers. Setelah ia hanya ditawarkan untuk pengguna iPhone sekian lama, kini permainan tersebut juga turut ditawarkan untuk pengguna Android secara percuma.

Ketika ianya hanya di iOS sahaja, sebanyak lebih daripada 25 juta kali ia telah dimuat-turun, dan kini dengan hanya beberapa hari sahaja ditawarkan di Google Play Store, ia telah pun melangkaui angka 1 juta muat-turun dengan mudah.

Subway Surfers membawakan bentuk permainan larian dan pada masa yang sama perlu mengelak pelbagai perkara dan mengumpul syiling emas. Grafik dan permainannya kelihatan amat lancar, disamping sokongan sosial yang diintegrasikan (Facebook), membolehkan anda membandingkan markah dengan rakan anda yang lain.

Muat-Turun Subway Surfers dari Google Play Store

Muat-Turun Subway Surfers dari Apple AppStore


TIPS & ULASAN