Carian
Kelak, Akaun Mozilla Persona Boleh Digunakan Untuk Firefox Sync
October 1, 2012 Aman

Dengan pengenalan Mozilla Persona yang memberikan sistem identiti terbaru, semestinya kita akan dapat melihat ia diintegrasikan didalam beberapa produk Mozilla, dan kini dilihat, Mozilla merancang menggunakannya sebagai salah satu kaedah mudah untuk para pengguna sync data Firefox mereka antara peranti lain.

Daripada perancangan untuk Firefox 20, ia kelihatan, fungsi sync akan menggunakan akaun Firefox, dan memberikan pilihan penggunaan Mozilla Persona. Perkara ini semestinya amat memudahkan pengguna dalam menggunakan Firefox pada pelbagai peranti mereka, berbanding sistem sedia ada yang agak leceh untuk proses sync.

Buat masa ini, segalanya masih dalam proses perancangan awal, dan mungkin kita akan dapat melihat perkembangannya pada tahun hadapan. Dan mungkin dengan integrasi ini, lebih ramai pembangun turut sama akan menggunakan sokongan Mozilla Persona pada laman web mereka.

Kemaskini ini dijangka akan diperkenalkan oleh pihak Mozilla melalui kemaskini pelayar web mereka – Firefox 20 yang mana bakal dilancarkan sekitar suku pertama tahun hadapan.

Komen