Aplikasi Rasmi MediaFire Diperkenalkan Untuk Pengguna iPhone

Aplikasi Rasmi MediaFire Diperkenalkan Untuk Pengguna iPhone

Diterbitkan pada Okt 1, 2012 oleh .

Bagi kebanyakkan pengguna internet, mungkin anda sedia pernah mendengar mengenai laman perkongsian dan storan fail atas talian, MediaFire. Kini, selain daripada hanya pada web, mereka melangkah setapak kehadapan dengan memperkenalkan aplikasi rasmi untuk para pengguna peranti iOS.

Aplikasi MediaFire untuk iOS ini membolehkan anda mengakses fail-fail anda yang disimpan pada laman MediaFire dengan mudah, disamping berkongsi terus kepada rakan-rakan anda melaluinya. Bagi mereka yang berminat, anda juga boleh memuat-naik gambar yang dirakamkan menggunakan kamera peranti terus ke MediaFire dengan mudah menggunakan aplikasi ini.

Namun salah satu kelemahan padanya adalah ketiadaan pilihan untuk mendaftar. Para pengguna masih perlu mendaftar menggunakan web sebelum dapat menikmati lebih 50GB storan percuma untuk digunakan melalui web ataupun peranti iOS mereka.

Muat-Turun Aplikasi MediaFire Untuk iOS


TIPS & ULASAN