Cari @ Amanz

Bagi para pengguna tegar Linux, semestinya anda sedia mencuba salah satu distro yang popular dan mempunyai kumpulan penggunanya tersendiri, iaitu Slackware. Kini, sistem operasi generasi baru, Slackware 14.0 telah pun dilancarkan kepada umum, membolehkan pengguna yang berminat memuat-turun secara percuma daripada halaman rasmi mereka.

Slackware 14.0 ini hadir dengan kernel Linux 3.2.29, persekitaran desktop KDE 4.8.5, dan pelbagai kemaskini yang lain, termasuk GCC 4.7.1, Perl 5.16.1, XFCE 4.10, X.org 1.12.1, serta Java Development Kit (JDK) 6 padanya. Aplikasi yang didatangkan bersama-sama turut dikemaskini, termasuk Firefox dan juga Thunderbird versi 15 padanya.

Slackware 14.0 ini hadir dalam pilihan 32-bit, 64-bit dan juga ARM, membolehkan ia digunakan pada pelbagai komputer pada masa kini, termasuk pada peranti berasaskan ARM.


© 2024 Amanz Media Sdn Bhd