Setelah melakukan ujian beta ringkas pada minggu lepas, hari ini, Yes, syarikat telekomunikasi tempatan telah pun memperkenalkan perkhidmatan baru berasaskan web mereka, dinamakan sebagai Yes Life Web.
Menggunakan Yes Life Web, ia membolehkan para pengguna membuat panggilan dan menghantar SMS terus melalui pelayar web dengan mudah, disamping mana ia turut menyertakan beberapa sokongan tambahan, termasuk akses ke emel, dan juga ruangan storan awan sebanyak 2GB secara percuma. Fungsi tambahan lain seperti buku alamat dan juga kalendar turut didatangkan bersama-sama Yes Life Web.
Bagi anda yang berminat boleh mendaftarkan diri pada halaman rasmi Yes Life Web, dan kami akan hadir dengan ulasan ringkas perkhidmatan ini dalam masa terdekat.