Dengan peningkatan pengguna tablet di Malaysia, kini selain daripada beberapa pelan sedia ada, DiGi memperkenalkan pelan tablet baru mereka kepada semua, menawarkan ia pada harga serendah RM25 untuk 500MB.
Melalui pelan dan pakej yang ditawarkan, pelan pascabayar yang mengkhaskan kepada penggunaan data ini menawarkan penggunaan sebanyak 500MB pada harga RM25. Pilihan lain yang turut didatangkan adalah termasuk RM29 untuk 1GB, RM39 untuk 1.5GB dan RM49 untuk 2GB.
Namun, sekiranya anda merupakan pengguna sedia ada DiGi, diskaun sebanyak RM10 ditawarkan untuk setiap pakej, iaitu RM15 untuk 500MB, RM19 untuk 1GB, RM29 untuk 1.5GB dan RM39 untuk 2GB.
Promosi ini ditawarkan oleh DiGi daripada hari ini sehingga ke 31 Disember 2012.