(Ura-Ura) Peranti Nexus Baru Akan Diumumkan Pada Bulan Ini

(Ura-Ura) Peranti Nexus Baru Akan Diumumkan Pada Bulan Ini

Diterbitkan pada Okt 1, 2012 oleh .

Dengan pelbagai ura-ura berkaitan telefon pintar dan tablet Nexus, kini ia diperkatakan yang mana Google mungkin akan memperkenalkan peranti terbaru mereka hasil kerjasama dengan pengeluar pada penghujung bulan ini.

Namun, seperti biasa, masih tiada sumber yang mengesahkan sepenuhnya perkara ini. Ia dikatakan pengumuman peranti baru ini akan dilakukan bersama-sama ulang-tahun Android yang ke-lima tahun ini.

Peranti Nexus ini dikatakan akan hanya sekadar membawakan kemaskini kecil sahaja, dan mungkin dilabelkan sebagai Android 4.2. Antara perkara yang dijangka akan disertakan bersama-sama dengannya adalah termasuk sokongan multi-akaun, aplikasi peta yang lebih baik, sokongan kamera yang diperbaiki, dan beberapa perkara lain lagi.

Sekiranya perkara ini benar, mungkin kita boleh nantikan sesuatu kejutan daripada Google pada acara AllThingsD : Dive Into Mobile pada penghujung bulan ini, ataupun mungkin Google hadir dengan acara pelancaran mereka tersendiri.

Sama-sama kita nantikan perkembangannya.


TIPS & ULASAN