Cari @ Amanz

Dengan pengumuman Microsoft Surface tempoh hari, ramai yang telah membuat spekulasi yang mana Microsoft turut sama akan hadir dengan peranti Windows Phone mereka tersendiri. Kini ura-ura tersebut mula kedengaran kembali, mengatakan Microsoft bakal melancarkannya pada tahun hadapan.

Mengikut UnwiredView, ia diperkatakan Microsoft telah pun memilih rakan pengeluar mereka, dan akan bersedia untuk melancarkannya pada suku pertama tahun hadapan. Namun, seperti biasa, ia hanya sekadar ura-ura awal, tanpa sebarang pengesahan rasmi dari pihak Microsoft buat masa ini.

Sebelum ini, pada bulan lepas, Microsoft bersama-sama beberapa rakan kerjasama, termasuk HTC, Nokia dan juga Samsung telah pun memperkenalkan beberapa peranti baru yang akan dilancarkan tidak lama lagi bersama-sama Windows Phone 8. Ia masih lagi tidak diketahui apakah kesannya kepada pengeluar peranti lain sekiranya Microsoft hadir dengan peranti tersendiri.

Bagi anda, sekiranya perkara ini benar, adakah anda akan memilih peranti daripada pengeluar lain, ataupun memilih peranti keluaran Microsoft untuk Windows Phone 8?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd